Latar Belakang
Ibn Shihab al-Zuhri ialah seorang tabi‘in terkenal yang hidup pada akhir zaman Bani Umayyah. Nama penuhnya ialah Muhammad bin Muslim bin ‘Ubaydullah bin Shihab alZuhri. Beliau dilahirkan di Madinah dan mendapat pendidikan awal daripada para sahabat Nabi SAW yang masih hidup pada ketika itu. Beliau sangat dihormati kerana kecerdasan, ingatan yang kuat serta ketelitian dalam meriwayatkan hadis.
