Latar Belakang
Ibn Shihab al-Zuhri ialah seorang ulama besar hadis dan sejarah pada zaman Bani Umayyah yang mendapat sokongan rasmi kerajaan.
Sumbangan
Orang pertama yang mengumpulkan dan membukukan sirah serta maghazi secara sistematik.
Diperintahkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz untuk:
- Mengumpulkan hadis
- Menyusun sejarah Nabi SAW secara rasmi
- Menyusun maklumat sejarah berdasarkan riwayat yang sahih.
Kepentingan Sumbangan
Dianggap sebagai pelopor penulisan sejarah Islam secara rasmi dan teratur. Karya beliau menjadi asas kepada penulisan sirah oleh tokoh selepasnya seperti Ibn Ishaq.
